Jun
26
Posted (admin) in Ebook, Tips & Info on June-26-2009

Salam,

Bulan ni tak banyak update post terkini. Maklum la terlampau sibuk dengan tugasan harian. Tambah lagi tempat sana nak shutdown. Adus. Punye la teruk kerja. Tu baru preparation. Belum masuk actual lagi tu. Fuuhh.

Apa yang nak saya kongsi pada post kali ni adalah terkeluarnya satu ebook dari rakan IM saya iaitu saudara Jamal yang bertajuk Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan. Dan saya percaya ramai dikalangan penduduk di Malaysia ini sendiri berkehendakkan kerja dengan kerajaan. Tapi maklum la kan? Bukan senang nak dapatkan kerja tersebut. Yang kompomnya bila dah dapat surat untuk temuduga, bukan main seronok. Tapi lepas temuduga macam-macam gaya dapat dilihat.

Oleh sebab itu lah member kita ni keluarkan satu ebook yang di khaskan kepada sesiapa saja yang berminat untuk kerja di sektor awam. Ye la, zaman gawat ni, kerja kerajaan la yang paling untung. Perform ke tak perform ke, yang pasti tak akan dibuang kerja. Tak gitu? Ntah la. Diantara kelebihan-kelebihan yang ada kerja di sektor awam ni :

  •  Elaun perumahan yangtetap
  • Cost of living allowance ( COLA )
  • Imbuhan tetap khidmat awan
  • Kenaikan gaji tahunan
  • Kemudahan pinjamankomputer dan kenderaan
  • Cuti tahunan mengikut kelayakan
  • Cuti bersalin
  • Pinjaman perumahan
  • Caruman KWSP atau pencen
  • Bersara pada umur 58 tahun
  • Peluang kenaikan pangkat
  • Peluang melanjutkan pelajaran
  • Peluang berkursus
  • Lebihan masa yang terluang untuk keluarga

Oleh itu tidak hairanlah mengapa terdapat beratus ribu orang telah memohon untuk berkhidmat dalam sektor awam pada zaman krisis ekonomi ini. Ebook ini akan membongkarkan pelbagai teknik-teknik rahsia menghadiri temuduga agar anda mendapat kelulusan dan berjaya.

Mengapa anda perlu mempelajari dan mengetahui rahsia ini? Ya, anda perlu mendapatkanya kerana :


Persediaan sebelum hari temuduga

kerja kerajaan dibongkar

Saya akan bongkarkan apakah 4 tindakan yang harus anda lakukan sebelum menghadiri temuduga. Tanpa adanya 4 tindakan ini anda pasti kekurangan sesuatu semasa temuduga sekaligus menurunkan kebarangkalian anda lulus temuduga. Percayakah anda jika saya katakan bahawa dengan duduk di depan tv pada jam 8.00 malam, anda telah membuat satu persediaan yang amat penting untuk hari temuduga anda nanti.

Persediaan semasa hari temuduga

kerja kerajaan dibongkar

Bab ini akan membincangkan apakah persediaan yang perlu anda lakukan semasa hari temuduga sejak dari anda bersiap sedia untuk pergi temuduga, sewaktu tiba di tempat temuduga, semasa temuduga, hinggalah di akhir temuduga. Intipati yang utama di bahagian ini akan membongkarkan   
berbagai-bagai rahsia yang akan membuatkan panel penemuduga kagum  dengan kehebatan anda ketika sesi temuduga kelak. Tahukah anda hanya dengan renungan mata anda, panel penemuduga akan menjadi “cair”.

Persediaan selepas hari temuduga

kerja kerajaan dibongkar

Jika anda percaya bahawa nasib anda ditentukan oleh yang Tuhan, maka anda perlu berdoa kepadaNya agar temuduga anda berjalan lancar dddan anda lulus. Tuhan sentiasa membantu mereka yang memohon berkat daripadaNya. Percayalah…Selepas ini, anda akan dimotivasikan supaya semangat dan  keinginan anda untuk berjaya akan dipertingkatkan..

Rahsia berpakaian bagi lelaki dan perempuan

kerja kerajaan dibongkar

Anda bakal mengetahui apakah rahsia sebenar berpakaian bagi lelaki dan perempuan. Kebanyakan daripada pemakaian lelaki dan perempuan semasa temuduga  tidak begitu menepati syarat temuduga. Tahukah anda dengan hanya memakai pakaian tertentu, anda boleh mendapat markah free 5% dengan begitu sahaja.


Ini hanyalah sebahagian kecil isi kandung Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan. Dan sekiranya anda mendapatkannya sekarang, saya pasti pelbagai lagi teknik-teknik menarik yang dapat anda pelajari.

Siapakah yang memerlukan ebook ini?

ANDA yang baru diberhentikan kerja disebabkan kegawatan ekonomi yang melanda

ANDA yang bekerja di sektor swasta yang rasa kerjaya anda kurang selamat

ANDA yang baru saja menamatkan pengajian di sekolah mahupun di universiti yang masih tercari-cari kerja.

ANDA yang berada di semester akhir di universiti mahupun di sekolah yang sedang merancang kerjaya anda

ANDA yang mempunyai anak, mahupun ahli keluarga  yang lain yang kerjanya “menanam anggur”

ANDA yang menginginkan kehidupan yang lebih terjamin dan selamat

ANDA yang sememangnya memang berminat untuk berkhidmat dengan kerajaan MALAYSIA

Jika anda tergolong dalam golongan yang dinyatakan di atas, YA! Anda memang amat memerlukan E-book ini..

Ayuh kepada mereka yang ter’list’ dalam senarai diatas dapatkan dengan kadar segera ebook ini yang sedikit sebanyak akan membantu anda demi mencapai cita-cita anda semua.

Bookmark This Article:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • blogmarks
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • YahooMyWeb


 
Jun
08
Posted (admin) in Blog, Tips & Info, Salam Nusantara on June-8-2009

Salam,

Bertemu kembali buat semua. Usah terlalu taksub pada tajuk diatas. Itu hanyalah gimik saya sahaja. Huhuu. Kali ini apa yang nak saya kongsi adalah mengenai kuasa ‘link exchange’. Straight to the point, hehee. Sebagaimana anda semua sedia maklum, link exchange merupakan satu kaedah yang agak popular untuk kita menarik trafik ke blog kita. ( Refer to : Cara Dapatkan Trafik ke Blog Anda. Agak simple, hanya dengan menukar link blog anda dan rakan blogger anda dan jangan lupa la plak untuk letakkan link blog rakan blogger anda tu ke blog anda. Juga pastikan yang rakan anda tu melakukan perkara yang sama di blog beliau.

Aktiviti ini juga dikenali dengan istilah blogroll yang merupakan pemangkin yang berjaya meningkatkan populariti blog di seluruh dunia hingga mengatasi populariti laman web biasa. Blogroll juga tidak semestinya dilakukan melalui permintaan kerana ia boleh juga secara sukarela. Umpama, tanpa diminta seseorang blogger meletakkan pautan blog anda di dalam blognya. Apabila anda dapat tahu, maka anda juga seharusnya meletakkan pautan blog blogger tadi di dalam blog anda pula.

Antara faedah-faedah ber ‘link exchange’ ialah :

Meningkatkan PageRank di enjin carian Google.

PageRank yang terdapat pada enjin carian Google adalah satu langkah penting mengukur populariti sesuatu lama web atau blog. Jika PageRank blog anda tinggi, ini bermakna blog anda berada di kedudukan yang baik disenarai enjin carian Google.

Lebih tinggi kualiti penghubung yang menuju ke blog anda maka lebih tinggilah kedudukan anda di PageRank.

Meningkatkan Populariti Pautan.

Bilangan dan kualiti laman web atau blog yang berhubung dengan blog anda (populariti pautan)  adalah faktor paling penting untuk enjin carian menentukan sama ada blog anda releven atau sebaliknya berdasarkan kata kunci atau keyword sesuatu carian.

Oleh sebab itulah kebanyakan blogger sering menggunakan teknik bertukar-tukar penghubung untuk mendapatkan kedudukan yang baik didalam senarai hasil enjin carian.

Membawa pelawat-pelawat percuma.

Pautan di laman web atau blog lain akan menyalur pelawat ke blog anda. Jadi anda haruslah merancang dan memiliki strategi yang bersesuaian untuk mengajak pelawat tersebut melayari blog anda.

Memperkayakan laman web atau blog anda.

Dengan menawarkan pautan ke blog lain, anda sebenarnya memberikan mereka maklumat yang berguna dan berfaedah. Sebuah halaman yang bertukar-tukar penghubung adalah sebuah halaman yang menawarkan sesuatu yang mampu menarik perhatian pelawat berdasarkan minat dan keperluan mereka.

Mengetahui blog-blog yang ada pautan ke blog anda.

Anda boleh mendapat maklumat blog-blog yang ada pautan ke blog anda dengan melayari http://technorati.com/search. Maklumat yang diperolehi membuka peluang untuk anda membina komuniti yang lebih aktif.

Diharap apa yang dikongsi diatas dapat memberi serba sedikit info walaupun saya tahu ramai yang telah mengetahui akan fungsi ber ‘link exchange’ ini. Namun saya percaya masih ramai jugak yang belum tahu akan faedah-faedahnya.

Saya juga ingin mengambil peluang untuk kita sama-sama berkongsi link blog anda dengan blog saya. Anda hanya perlu klik pada perkataan ini : LINK EXCHANGE , dan ikutilah langkah-langkah yang telah saya nyatakan. Insyaallah.

Bookmark This Article:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • blogmarks
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • YahooMyWeb


 
May
31
Posted (admin) in Review on May-31-2009

Salam,

Buat semua yang berminat untuk ber’shopping’ di internet, ayuh semua kita melawat ke malaysianbuy.com iaitu salah satu direktori yang baru saja muncul untuk pengunjung-pengunjung di internet. Tak perlu lagi ke direktori-direktori yang kebanyakannya dimonopoli oleh bangsa asing.

Sahabat saya bernama Wan Mohd Ikram telah menerbitkan MalaysianBuy.com dengan usaha sendiri untuk memudahkan anda semua rakyat Malaysia berbelanja di direktori ini yang mengandungi kepelbagaian kategori mengikut pilihan semasa. Apa yang best kat MalaysianBuy.com ini, membenarkan pengunjung web memberi komen dan rating kepada satu website jualan.

Kebanyakan web direktori antarabangsa, mungkin mengenakan caj-caj tertentu. Dan apa yang membanggakan ialah MalaysianBuy.com tidak mengenakan sebarang caj dan ianya adalah percuma. Lain-lain kelebihan yang ada pada website ini, mempunyai google map dan screenshot yang menarik.

Ayuh. Bagi support kepada anak muda jati Malaysia demi memartabatkan anak bangsa melayu di mata dunia. Syabas kepada Wan Mohd Ikram. Teruskan usaha dalaam mengejar cita-cita.

Bookmark This Article:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • blogmarks
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • YahooMyWeb


 
May
27
Posted (admin) in Facebook on May-27-2009

Bila disebut perkataan “Social Network”, pasti anda akan terbayang laman web seperti myspace, friendster, forum dan sebagainya.

Facebook juga adalah salah satu laman web yang dikategorikan sebagai laman “social network” di mana anda boleh menggunakan laman web ini untuk berinteraksi secara langsung atau meninggalkan email atau komen di halaman utama akaun Facebook anda atau rakan anda.

Kebanyakan pengguna Facebook mungkin menganggap Facebook adalah sebuah laman web untuk berinteraksi dengan rakan-rakan dan kenalan baru sahaja dan tidak lebih daripada itu.

Tanggapan ini adalah salah.

Facebook boleh digunakan untuk perlbagai tujuan.

1) Facebook sebagai pembina kredibiliti

Di dalam perniagaan internet, terlalu ramai penipu yang menyatakan bahawa mereka menjalankan bisnes yang tulen walhal anda tidak pernah berjumpa atau pun berinteraksi dengan mereka sekali pun. Jika anda lakukan carian di Google pun, anda tidak akan dapat menyahihkan ketulenan perniagaan mereka.

Tetapi jika anda mempunyai akaun Facebook yang anda selalu kemaskini dari masa ke semasa, anda sebenarnya memberikan keyakinan kepada bakal pelanggan anda bahawa anda menjalankan bisnes yang tulen dan tidak cuma berselindung di sebalik laman web jualan yang statik.

2) Facebook sebagai pembina jaringan bisnes

Apabila disebut jaringan, ianya tidak bermaksud ‘network marketing’ atau program berbilang tingkat. Ianya bermaksud jaringan rakan-rakan bisnes yang mempunyai pemikiran yang sama untuk membina satu kumpulan yang saling membantu satu sama lain.

Sebagai contoh, anda boleh membina kumpulan (atau ‘groups’) di mana fungsinya ialah untuk menarik sesuatu kumpulan yang berminat untuk sesuatu subjek untuk berkumpul dan berinteraksi antara satu sama lain. Sekiranya anda membina kumpulan yang berunsurkan bisnes, besar kemungkinan anda juga akan menarik minat usahawan dan peniaga lain untuk menyertai kumpulan anda.

3) Facebook Sebagai Medium Untuk Memasarkan Produk

Sebenarnya ada banyak cara anda boleh memasarkan produk atau servis anda melalui Facebook. Cara paling mudah ialah dengan meletakkan pautan (link) ke laman web anda di bahagian “Link” atau taipkan sahaja di ruangan “What’s on your mind?”.

Walaubagaimanapun, sekiranya anda sentiasa meletakkan link sahaja di bahagian yang saya berikan di atas tanpa memberikan sumbangan maklumat yang lain, mungkin cara pemasaran anda akan menjadi kurang efektif. Jadi, selang selikan iklan anda dengan maklumat lain yang tidak berbau iklan di bahagian yang saya sebutkan di atas.

Satu cara pemasaran lagi ialah dengan menggunakan kolum “Advertise” yang membolehkan anda meletakkan link, gambar dan juga deskripsi produk atau servis yang anda tawarkan. Ebook “Panduan Facebook Ad” menceritakan cara pemasaran ini dengan lebih lanjut.

Membina aplikasi untuk orang lain juga boleh dijadikan alat untuk pemasaran viral yang dapat
menarik lebih ramai orang ke laman web anda dan seterusnya menjadi pelanggan produk atau servis anda. Cara ini memang digemari oleh usahawan internet yang inginkan pemasaran mereka berjalan secara autopilot (atau kendali sendiri).

Walaupun saya cuma berikan beberapa contoh di sini sahaja, namun dengan sedikit kreativiti anda, anda boleh mempelbagaikan lagi cara memasarkan produk anda di Facebook.

Menggunakan Facebook boleh menjadikan anda ketagih untuk terus melayari dan berinteraksi di laman web tersebut. Namun begitu, saya amat menyarankan anda untuk mempelajari bagaimana anda boleh juga boleh menghasilkan pendapatan daripadanya.

Beberapa sumber bacaan tempatan di bawah mampu membantu anda memulakan langkah untuk menjadikan Facebook sebagai sumber pemasaran.

1) Buku “Rahsia Pemasaran Facebook” oleh Nasrul Amri Samsudin yang anda boleh dapati di kedai-kedai buku tempatan. Ianya juga sebuah buku yang baik untuk mula mengenali Facebook.

2) Ebook “Panduan Facebook Ads” oleh Richie di http://www.proinfo2u.com/autores/cl/?r=770cebd5fc7f8d5cb057567aa378283b

3) Ebook terbaru Richie, “Kuasa Viral Facebook” yang mengajar bagaimana anda boleh membina aplikasi Facebook dengan mudahnya untuk tujuan pemasaran di http://www.proinfo2u.com/autores/cl/?r=e466d21d1b7fbb01c30cb7536ec8206a

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www1.BisnesDigital.com untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.

Bookmark This Article:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • blogmarks
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • YahooMyWeb


 
May
16
Posted (admin) in Twitter, Salam Nusantara on May-16-2009

Salam,

Lama betul tak update blog ni. Tinggal 2 hari je lagi genap 1 bulan. Isk…Lame tuuu.Bukan tak nak update tapi akhir bulan april tu bz sangat dengan kerja. Demam plak 4 ari. Dan yang paling menyedihkan, pada 1 Mei lepas, modem dan laptop kesayangan saya rosak akibat lightning. Aduuuussss…Tu yang lame tak update. Banyak barang yang tak sempat lagi backup.

Walaubagaimanapun, saya paksakan diri untuk update blog ni. Terpaksa la menyelenggara desktop saya yang tak berapa laju RAM dia. Dan akhirnya, malam tadi dapat jugak online. Huhuuu…Alhamdulillah. Lembab pun lembab la.

Sekarang ni ramai blogger yang mempunyai akaun twitter. Maka saya pun dengan rasminya melancarkan akaun twitter saya : http://twitter.com/yuzmir dan jom la semua kita bersama-sama memeriahkan lagi dunia internet ini.

Update yang terpendek dari saya pada post kali ni. Sebabnya? Jam dah masuk 3.45 pagi. Lagi pun saya baru pulang dari Kelang atas urusan kerja. Insyaallah masa terdekat saya akan update lgi dengan info-info yang membantu.

Wassalam.

p/s : Jangan lupe ye follow saya di twitter.

Bookmark This Article:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • blogmarks
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • YahooMyWeb


 
Apr
18
Posted (admin) in Blog, Tips & Info on April-18-2009

Salam,Saya percaya ramai di antara rakyat Malaysia suka ber’blogging’. Tapi saya juga percaya masih ramai yang belum tahu. Walaubagaimanapun, anda semua boleh mengikuti mana2 kursus atau refer pada ebook2 yang ada sama ada yang percuma ataupun ebook berbayar. Tapi, setelah siapnya blog anda, masih ramai yang belum tahu bagaimana hendak menjaja atau mendapatkan trafik ke blog mereka kepada orang ramai?Baiklah, saya akan cuba share apa yang saya tahu serba sedikit tentang trafik atau SEO. Ini amat penting sekiranya blog itu sendiri adalah blog untuk menjana pendapatan melalui internet. Antaranya ialah :

  1. Tinggalkan komen2 di blog - Ianya amat berkesan. Lebih2 lagi jika anda tinggalkan komen anda di blog2 yang sama niche dengan blog anda. Pastikan juga komen anda itu relevan dengan tajuk blog yang anda komen.
  2. Lakukan Trackback - Hanya tinggalkan komen boleh dapatkan trafik dan link ke blog anda.  Lebih2 lagi sekiranya anda dan blog yang anda link itu menggunakan WordPress, trackback berlaku dengan sendirinya.
  3. Link Exchange - Bertukar link blog anda dengan blog lain. kalau boleh dapatkan blog yang memang ada ranking yang tinggi dan dikenali.
  4. Guna Forum Signature - Join forum2 yang ada. Gunakan signature di forum untuk dapatkan trafik ke blog anda.
  5. Guna Email Signature - Setiap email ada signature dan gunakan ia walaupun hanya sedikit trafik tapi ia masih relevan.
  6. Submit Artikel - Kaedah yang agak berkesan dengan submit artikel2  yang anda tulis dan jangan lupa masukkan link blog anda. Submit ke direktori artikel.
  7. Kaedah Video - Gunakan video untuk mendapatkan trafik ke blog anda. Eg : Youtube, dan jangan lupa masukkan url blo anda.
  8. Membina Squidoo Lenses - Membina satu page tentang topic blog, ataupun berdasarkan keyword blog anda.
  9. Bina Satelite Blog Percuma - Membina blog2 menggunakan blogspot atau wordpress.com dan link kan keyword didalam artikel blog percuma ini ke blog anda.
  10. Link ke Flickr account - Letakkan url blog anda ke photo description dan jangan lupa komen photo2 orang lain.
  11. Join Blog Network - Join blog network seperti 9RulesWebLogs Inc atau mana2 blog network yang berkaitan.
  12. Twitter Account - Dapatkan twitter account dan pasang pada blog anda.
  13. Sosial Bookmarking - Kaedah lama tapi masih berkesan sebagai cara untuk mendapatkan trafik yang tinggi. Antaranya Delicious dan Digg.
  14. Sosial Web - Join sosial web seperti Facebook, Friendster, Tagged dan lain2 untuk trafik.

Diharap dengan tertulisnya post ini dapat membantu anda semua mendapatkan trafik untuk menarik pengunjung ke blog anda. Tak kira sama ada untuk blog personal mahupun blog perniagaan dan juga blog affiliate anda. Semoga berjaya.

Bookmark This Article:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • blogmarks
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • YahooMyWeb


 
Apr
11
Posted (admin) in Ebook, Produk Terbaik on April-11-2009

Salam,Kepada semua pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga, satu rahsia telah dibongkarkan demi untuk semua bakal2 pengantin menempuh gerbang perkahwinan bolehlah mendapatkan ebook yang baru keluar dipasaran. Masih panas lagi. Rahsia Malam Pengantin yang bakal mendedahkan bagaimana untuk menikmati malam pertama dengan sempurna, puas dan bahagia. Pasangan anda pasti akan mengingati malam pertama anda sampai bila2. Huhuuu…  

Anda risau jika pasangan anda menghadapi masalah-masalah berikut semasa malam pertama? 

Pasangan anda berasa geli selepas melihat kemaluan anda dan akhirnya malam pertama berakhir dengan kekecewaan.
Pasangan anda menangis kerana takut melihat darah

Pasangan anda berasa sakit dan menjerit

Senjata sulit anda yang gagah tiba-tiba terkulai layu selepas membuka baju pasangan
Takut mengecewakan pasangan anda jika tidak mampu menembusi kubu ‘dara’ pasangan anda.
Blur dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk memuaskan pasangan anda pada malam pertama
Kekecewaan malam pertama akhirnya menjadi permulaan kepada kesuraman hubungan seksual anda dan pasangan

  Usah bimbang dan risau, dengan adanya Rahsia Malam Pengantin, segala halangan anda bakal2 pengantin kan selesai.  

Bookmark This Article:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • blogmarks
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • YahooMyWeb


 
Apr
08
Posted (admin) in Affiliate on April-8-2009

Salam,

Post ni mungkin agak simple, tapi harap2 dapat diselami dengan jayanya untuk sesiapa yg masih belum tahu apa itu affiliate marketing. Saya percaya masih ramai yg belum mengetahui apa itu affiliate marketing.

Affiliate ialah satu program perkongsian keuntunganyang ditawarkan oleh sesebuah syarikat yang memasarkan produk atau perkhidmatan. Tugas anda cuma menawan atau menarik pelanggan untuk menghantar atau pun melawat pelanggan secara online mahupun offline. Andaikata pelanggan tadi teruja dengan produk tersebut dan melanggan, anda akan dapat komisyen dari pembelian tersebut. Ada juga program yang hanya memerlukan anda menghantar prospek, dan prospek hanya perlu mengisi borang atau pun berdaftar, dan anda dibayar komisyen.

 

    

 

 

 

 

 

 

 

 

95% dari affiliate program yang disertai adalah percuma. Untuk menyertai program affiliate ini agak mudah, tapi untuk mendapatkan hasilnya bukanlah semudah disangka. Anda harus mengkaji, mempelajari dan mendalami selok belok program ini supaya usaha anda berbaloi dengan komisyen2 yang dijanjikan.

Pemasaran affiliate merupakan proses keseluruhan penyertaan program affiliate, mempromosikannya dan menjana komisyen daripada usaha anda. Pemasaran affiliate mempunya istilahnya sendiri dan mempunyai kaitan rapat dengan kaedah pemasaran yang lain seperti :

  • Pembinaan laman web dan SEO
  • Penulisan blog dan podcasting
  • Pengiklanan Pay-per-click
  • Pemasaran Email / safelist
  • Pemasaran Multi-level

Walaubagaimanapun, apa jua kaedah yang anda gunakan, matlamat utama adalah untuk menghasilkan jualan dan mendapatkan komisyen. Apabila anda menyertai sesebuah program affiliate, anda akan dirujuk sebagai affiliate kepada pemilik produk tersebut, yang mungkin juga mempunyai ratusan ahli affiliate yang lain yang mempromosikan produk yang sama.
Untuk menyertai program ini adalah lebih baik mengikuti langkah2 berikut :

  • Kenalpasti syarikat yang menawarkan program affiliate yang ingin anda sertai.
  • Baca, faham dan setuju terma dan syarat yang ditetapkan semasa mendaftar.
  •  Masukkan link affiliate anda ke dalam website atau blog anda untuk menghubungkan pelanggan dengan website syarikat tersebut.
  • Perolehi komisyen anda ( jika ada ).

Terdapat beberapa marketplace ( merujuk kepada pemilik produk sebagai pengiklan atau vendor dan affiliate sebagai penerbit ) yang membenarkan anda mendaftar secara percuma :

 Antarabangsa :

Tempatan :

Itulah antara serba sedikit permulaan untuk kita memulakan program affiliate. Insyaallah pada post akan datang saya akan detailkan lagi bagaimana untuk mempromosi program ini setelah anda mendaftar dengan program ini. Wassalam.

Bookmark This Article:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • blogmarks
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • YahooMyWeb


 
Mar
30
Posted (admin) in Tips Kewangan, Salam Nusantara on March-30-2009

Salam,

Bertemu kembali kita semua di blog saya ini setelah sekian lama tidak ada post untuk tatapan semua. Buat masa ini saya agak sibuk dengan tugas2 di tempat kerja dan juga buat sedikit research dan study berkaitan dengan perniagaan online ini. Memandangkan dah lame tak updat, so saya rase nak kene jugak update post ni. Kalau ikut sibuk semua orang sibuk. kalau tak sibuk pun tidur. Huhuuuu…

Ekonomi dunia sekarang ini masih lagi teruk dan yang pasti yang menjadi mangsa adalah mereka2 yang bekerja makan gaji macam saya. Cuma saya agak bernasib baik lagi buat masa ini. Tak tau la camana esok, lusa dan seterusnya. Dan bertepatan pada masa sekarang ni adalah baik sekiranya kita semua melakukan sedikit perancangan kewangan untuk masa depan bersama.

Perancangan kewangan sebenarnya adalah satu proses seseorang individu untuk merancang masa depan bagi memenuhi matlamat peribadi dan kewangan melalui pembangunan dan perlaksanaan perancangan kewangan yang menyeluruh. Senang citer simpan duit untuk beli apa yan diidam, dimemangkan bayar tapi kene buat secara sistematik ler. Ada kira2 la tu. Huhuu…

Walaubagaimana pun perancangan anda mestilah bermula dari sekarang dengan kadar yang segera. Tapi kenapa sekarang ?

  1. Faedah ( hutang ) akan bertambah setiap hari.
  2. Harga barangan keperluan semakin meningkat setiap hari.
  3. Keperluan anak2 kita pada masa hadapan.
  4. Perlu adanya wang simpanan kecemasan.
  5. Perlu ada kurang2 tabungan dan simpanan sekurang2 6 bulan pendapatan bagi individu makan gaji / 2 tahun simpanan bagi peniaga.
  6. Kemalangan / kematian yang tidak disangka dan tiada pemberitahuan.
  7. Kos Perancang kewangan masih murah. Kire macam finance advisor la.

Antara skop2 perancangan kewangan :

  • Perancangan pelaburan ( saham ).
  • Perancangan insuran.
  • Perancangan cukai.
  • Perancangan persaraan.
  • Perancangan pengurusan estet.

Kesemua skop perancangan diatas hanya dapat dilaksanakan dengan jayanya sekiranya kita semua menggunakan produk2 atau pun servis2 yang terbaik sahaja. Contoh macam perancangan pelaburan, mungkin jalan terbaik untuk melabur adalah di ASB. Tiada risiko.

Semua yang dilakukan mestilah mempunyai matlamat atau objektif yang tersendiri. Antara objektif tersebut adalah :

  • Pengukuhan kewangan terhadap inflasi.
  • Pengurusan hutang yang membawa pulangan.
  • Pembiayaan selepas persaraan.
  • Penyediaan tabung kecemasan.
  • Keperluan tuntutan semasa.
  • Pembiayaan pendidikan.

Untuk menjayakan perancangan anda semua, mestilah mempunyai jalan yang tersendiri samada jalan susah atau pun senang. Jom kita lihat bagaimana untuk mencari jalan terbaik :

  1. Restructuring kewangan anda dari A-Z. Sediakan jadualanda sendiri. Apa yang anda belanja untuk tiap2 bulan.
  2. Adakan CMS ( Cash Management System ). Buku 555 la tu. Catatkan setiap perbelanjaan kita dari sekecil2 hingga sebesar2 perbelanjaan harian kita. Ianya untuk membuat ‘ balance budget ‘ anda.
  3. Selesaikan hutang yang patut. Dan kalau boleh elakkan berhutang. Takyah la nak berlawan dengan jiran sebelah ( ambil sofa set baru ). Jiran sebelah tu hutang je tu. Heheee…
  4. Adakan simpanan tetap anda sendiri. Kalau boleh usah usik langsung simpanan anda kecuali ada sebab musabab tersendiri. ASB digalakkan.
  5. Stabilkan kewangan anda. Usah terlampau boros. Fikir sejenak sebelum bertindak.

Nah. Setakat ni je dulu kot yang dapat sedikit sebanyak saya kongsi. Harap2 dapat membantu untuk menjadi perancang yang berjaya. Buat dulu. Hasilnya menarik betol. Tak caya tanya la sapa2 yang dah buat. Nak tanya saya pun ok jugak. Insyaallah, apa yang boleh saya bantu tu saya bantu. Jumpa lagi pada post akan datang. Babai.

Bookmark This Article:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • blogmarks
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • YahooMyWeb


 
Mar
11
Posted (admin) in Motivasi, Tips & Info on March-11-2009

Salam,

Hampir 2 minggu menghilangkan? Bz bebenor kawan.  Tapi kali nibukan sebab keje tapi sebab bulan sukan kat company saye. Hooo, banyak game sangat saye join, balik rumah je terus flet. Huhuuu. Tambah2 lak line streamyx ni agak kelembapan lebih dari siput lagi. Tension usah cakap la.

Bagaimanapun sempat la jugak buat research sikit + baca2 apa yang patut. Dalam banyak2 tu ada la saya terbaca buku ‘How To Make Money Online” untuk tambah pengetahuan. Dalam penerangan buku tersebut tu ada explain pasal How (Bagaimana). Dan yang pasti dalam buku2 lain dan ebook2 lain pun hyada jugak tulis pasal How. Ye la,how to make money online atau dalam bahasa ibunda kita bagaimana buat duit online.

Tapi dalam buku ni jugak ada sebut pasal lain. Apa ek?

  1. Why (kenapa) - kenapa perlu awak buat itu?
  2. When (bila) - part time ke full time?
  3. What (apakah) - apakah yang perlu dilakukan dan apakah yang perlu dielak?
  4. Who (siapa) -cerita disebalik kejayaan IM

Apa ini semua? Kalau di sekolah disebut jugak sebagai ayat tanya. Tapi ayat tanya kat sekolah ada 5 kan? Cuma tambah How je satu lagi. Disebabkan itu jugak kita kalau nak buat duit online bukan setakat tanya How? (banyak buku dan ebook yang hanya timbulkan How sahaja). Tanpa 4 lagi ayat tanya seperti disebut kat atas tu, maka tak complete la kajian kita dan penggunaan kita dalam mencari atau buat duit online.

Bayangkan kalau kita membuat sesuatu yang tak lengkap. Apa akan jadi pada projek kita? Samalah kisah kalau kita cuma naik bangunan hanya ditingkat 1, walhal bangunan tersebut mempunyai 5 tingkat. Kita hanya tahu apa yang ada ditingkat 1 sahaja. Ntah apa ada di tingkat 2, 3, 4 dan 5?

Begitulah kisahnya sekiranya kita ada niat untuk mencari duit di online. Perkara yang perlu ada sebelum kita memulakan sesuatu projek dan harus membuat kajian berdasarkan ayat tanya diatas. Nampak simplekan? Fikir2kanlah labuuuu. Simple je post saya kali ni tapi diharap dapat digunakan sebaiknya sebelum kita memulakan sesuatu demi mencari kejayaan sebenar.

Wassalam.

Bookmark This Article:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • blogmarks
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • YahooMyWeb


BlogMalaysia.com

Blog Kita
All Malaysian Bloggers Project
Check PageRank
Free Counter
Free Counter

Search Engine Optimization and SEO Tools
Internet Blogs - BlogCatalog Blog Directory